Apa Itu e-Sisa?
Terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.
e-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.
Tahukah anda???
Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.
Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi & mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda & mencemarkan persekitaran.
Menerusi proses kitar semula yang betul, lebih 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih & aksesori boleh dipulihkan semula.
Bagaimana Peranti Dikitar Semula?
Peranti mudah alih anda akan dileraikan kepada beberapa komponen. Bahan yang tidak berguna dilupuskan secara selamat manakala yang boleh diguna semula diekstrak untuk pembuatan produk baru. Proses pengekstrakan tersebut dikenali sebagai urban mining.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan Program “Mobile E-Waste” yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih (smartphone) yang telah tamat tempoh hayatnya atau tidak digunakan atau yang tidak diperlukan lagi, bagi memupuk budaya 3R (Reduce, Reuse and Recycling).
Melalui saranan tersebut, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pianggu telah menyediakan tong e-waste bagi penduduk setempat yang ingin membuang barangan elekronik mereka yang telah rosak.