mcmc
Rekreasi & Pelancongan

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH
(KUALA GANDAH NATIONAL ELEPHANT CONSERVATION CENTRE) 
———————————————————————————
Santuari gajah ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan markas bagi program pemindahan gajah yang mana menjadi tempat untuk menempatkan, menjinakkan dan memindahkan gajah-gajah dari habitat asal mereka.
Perjalanan ke Kuala Gandah mengambil masa Kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan keluar melalui persimpangan Lanchang.
Santuari gajah ini dibuka setiap hari bermula pada jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang. Masuk adalah percuma. Info lanjut boleh layari website https://www.wildlife.gov.my
 
Moh ke Santuari Gajah, Kuala Gandah 
 
 
Sumber: Tourism Pahang (FB)