mcmc
Maklumat Am

PLKN 3.0

Kerajaan telah memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan format baharu yang bermatlamat membentuk generasi muda yang patriotik, mengamalkan nilai-nilai murni, mempunyai semangat perpaduan, berbudaya kesukarelawanan, dan menyokong aspirasi pertahanan menyeluruh.

KONSEP PLKN 3.0

Konsep PLKN 3.0 ini dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini. Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) fasa.

Sumber : Kementerian Pertahanan