G6PD
G6PD deficiency ialah keadaan apabila badan kekurangan enzim G6PD yang berfungsi melindungi sel darah merah. Bila seseorang yang ada G6PD terdedah kepada pencetus tertentu, sel darah merah boleh menjadi rapuh dan pecah lebih cepat. Keadaan ini dipanggil hemolisis.
Bila sel darah merah pecah, badan boleh mula menunjukkan tanda-tanda seperti pucat, kuning pada mata atau kulit, cepat letih, sesak nafas, jantung berdebar, dan air kencing menjadi gelap seperti teh pekat.
Sebab itu orang yang ada G6PD tidak boleh ambil mudah dengan makanan, ubat atau bahan tertentu.

SUMBER: FB PUBLIC HEALTH MALAYSIA