SELAMAT DATANG KE
PEDi KG PIANGGU
Sudut Pandang Hadapan Pusat Ekonomi Digital Kg Pianggu Bersebelahan Dengan Klinik Desa Kg Pianggu Serta Sudut Pandangan Dalam Pusat Ekonomi Digital Kg Pianggu
Pusat Ekonomi Digital Kampung Pianggu, Rompin, Pahang mengucapkan selamat datang ke laman web kami. Pusat Internet merupakan inisiatif kerajaan Malaysia meningkatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dan bandar. Program ini di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM dan MSD Digital Intelligence. Sebelum ini Pusat Ini Lebih dikenali sebangai Pusat jalur Lebar Komuniti (PJK) dan telah ditukar Pada Penghujung Tahun 2012 iaitu Pusat Internet Sebanyak 12 Pusat Internet Fasa Rintis, 73 Pusat untuk Fasa 1, 52 Pusat untuk Fasa 2 dan terbaru Fasa Felda iaitu sebanyak 31 pusat di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat luar bandar kepada pengunaan teknologi komputer dan ICT dalam kehidupan harian.
Sudut Pandangan Bilik Belajar /Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg Pianggu
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pianggu
Bersebelahan Klinik Kesihatan Kampung Pianggu
Waktu operasi Pusat Ekonomi Digital Kampung Pianggu
Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum
Bermula Jam 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Nama Petugas : En. Zabli Bin Ab Hadi
: Puan Nor Farina Binti Lamrek
Portal : http://kgpianggu.pjk.com.my/
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat Ekonomi Digital Kampung Pianggu sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ianya juga sejajar dengan kepesatan dan pembangunan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
7. Khidmat nasihat dan jualan berkaitan dengan ICT
Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan seperti di atas, PEDi juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain antaranya seperti:
- Photostat/ Cetakan (hitam dan berwarna)
- Binding
- Laminating
- Pengimbas/Scanner
- Kiosk Info
Terdapat juga perkhidmatan wifi komuniti (WK) berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Kg Pianggu, iaitu memberi perkhidmatan percuma kepada penduduk setempat. Di sini terdapat 5 pencawang WK, iaitu:
- WK1 Kg Pianggu
- WK2 Kg Pianggu
- WK3 Kg Pianggu
- WK4 Kg Pianggu
- WK5 Kg Pianggu
JUMLAH KEAHLIAN
AHLI LAMA | 2448 ORANG |
AHLI BARU JULAI 2023 | 5 ORANG |
AHLI BARU 2023 | 16 ORANG |
JUMLAH | 2464 ORANG AHLI |
MAKLUMAT PETUGAS PEDi KG PIANGGU |
|
PENGURUS ZABLI AB HADI 017-9359257 18 Disember 2015 – Kini
PENOLONG PENGURUS
NOR FARINA BINTI LAMREK
0193935502
1 OGOS 2016- Kini
|
|
EMEL PEDi kgpianggu@pjk.com.my |
|
PORTAL PEDi kgpianggu.pjk.com.my |
|
ALAMAT PEDi Pusat Internet Kg Pianggu, No 1A Tapak Balairaya Lama Kampung Pianggu, Endau Rompin, Kuala Rompin, 26820, Pahang |
|
KOORDINAT PI Latitud 2.648509 [N], Longitud 103.589767[E] |