PERANAN DAN FUNGSI JKKK
- 1)JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek projek pembangunan di dalam kampung.
- 2)JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.
- 3)JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
- 4)JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
- 5)JKKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melapurkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif,anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.
- 6)JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan duahal di antara wakil wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.
- 7)JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
- 8)JKKK hendak lah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang di lengkapi dengan data, peta, carta dan lain-lain mengenai kampung.