SERANGAN PANIK
Seorang pesakit tiba di jabatan kecemasan, bernafas laju, jantung berdegup kencang, dada rasa sempit.Tapi bila diperiksa… semua normal.
Ada yang senyum sinis.
Ada yang anggap dia “buat drama”.
Hakikatnya, dia sedang diserang panic attack dan itu sangat menakutkan.
• Anxiety dan serangan panik ialah isu perubatan sebenar.
• Ia datang tiba-tiba, dan boleh menyerupai serangan jantung.
• Jangan ketawakan. Jangan rendahkan ![]()
• Sokongan awal sangat bermakna
Mereka tak datang ke kecemasan sesuka hati.
Kadangkala, mereka datang kerana rasa seperti mahu mati.
Tingkatkan empati. Tingkatkan kesedaran.
Kesihatan mental juga kesihatan perubatan.

Sumber: Public Health (FB)