
TAHUKAH ANDA?
KP2027, tahap persekolahan sekolah rendah disusun semula untuk memberikan pembelajaran yang lebih fokus dan sesuai dengan kematangan usia murid!
Susunan baharu di sekolah rendah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu;
Tahap I – Tahun 1 & 2
Tahap II – Tahun 3 & 4
Tahap III – Tahun 5 & 6
Bagaimana tahap persekolahan di Prasekolah dan sekolah menengah?
Tiada perubahan – masih kekal seperti sedia ada.
Kenapa ini penting? Guru dapat menyesuaikan pendekatan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan murid.
Murid dapat belajar dalam suasana yang lebih sesuai dengan tahap kematangan mereka.
Ibu bapa lebih mudah memahami keperluan pembelajaran anak-anak mengikut tahap usia.
Langkah ini adalah sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan sistem pendidikan kita terus relevan, menyeluruh dan mesra murid.
Kongsi info ini supaya lebih ramai tahu!
Sumber: FB Kementerian Pendidikan Malaysia