mcmc
Persatuan Wanita

PENGLIBATAN WANITA KINI

berlandaskan DASAR WANITA NEGARA

MUKADIMAH

1. Selaras dengan semangat negara merdeka yang sedang membangun, Dasar Wanita Negara ini mendukung cita-cita Negara dan Perlembagaannya bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia untuk semua rakyat.

2. Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru mendapat pengiktirafan, maka Dasar wanita ini bermaksud untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden.

3. Menyedari hakikat bahawa perpaduan adalah asas bagi semua kemajuan dan pembangunan negara kita, Dasar ini menekankan betapa perlunya disusun rancangan yang teguh dan berkesan untuk menimbulkan konsep perpaduan di kalangan individu serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

4. Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan penglibatan sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu Dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam bidang politik.

5. Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan Kerajaan, kehendak-kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA).

Pada tahun 2017, JKKK Kg Pianggu merangkumi 4 kampung dan penglibatan kaum wanita sangat memberangsangkan dalam pelbagai aktiviti setempat, iaitu melibatkan kawasan kampung atau persatuan mereka sendiri.

Antara persatuan wanita yang terdapat di JKKK Kg Pianggu adalah seperti:

– Usahanita

-Amanah Ikhtiar Malaysia

-Peladangnita

-KRT 

-Wanita UMNO

-WI (Pertubuhan Perkumpulan Wanita)

       

       

 Aktiviti Pusat Dhia Ramadhani Kg Mentara (Amanah Ikhtiar Malaysia) & Puspanita Daerah Rompin